GENG SURAU NUR ISLAM

GENG SURAU NUR ISLAM

Monday 23 May 2011

Renung-Renungan

Peperangan Demi Peperangan

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku ‘al-Harj’.”

Sahabat bertanya, ‘Apakah al-Harj itu hai Rasulullah?’ Nabi saw menjawab, “Peperangan demi peperangan demi peperangan.” (Riwayat Ibnu Majah)

Penjelasan dan Pengajaran :
(a). Harta benda melimpah ruah - Kita boleh melihat pada hari ini betapa banyaknya dan mudahnya kita mendapatkan harta. Termasuk harta benda ini adalah dari segi kediaman, pengangkutan, perhiasan dan segala macam bentuk kemudahan serta kekayaan lagi.

(b). Timbul fitnah - Tidak perlu diperjelaskan lagi, kerana zaman kita ini fitnah terlampau banyak dan berleluasa. Fitnah ini begitu luas maknanya, tetapi secara umum ia adalah sebagai satu ujian kepada keimanan atau satu bencana besar kepada umat Islam.

(c). Peperangan demi peperangan - Pembunuhan dan peperangan seolah-olah telah lali dengan telinga dan mata kita hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.