GENG SURAU NUR ISLAM

GENG SURAU NUR ISLAM

Wednesday 25 May 2011

ALAM KUBUR



Apabila manusia mati maka ia akan ditanam dalam kubur. Pernahkah kita terfikir apa yang akan berlaku selepas itu. Alam yang dilalui selepas itu disebut alam Barzakh. Apakah alam Barzakh? Alam Barzakh ialah alam kubur yang dialami oleh orang yang telah mati dan akan berpanjangan hingga hari kiamat. KEADAAN ORANG DIALAM BARZAKH

Ada yang diseksa dan ada yang dilepaskan dari seksaan kubur. Ada yang disoal oleh Mungkar dan Nangkir dan ada yang tidak. Ada yang dibuka pintu neraka dan ruhnya diseksa. Ada yang dibuka pintu syurga dan ruhnya diberi nikmat. Ada yang menghadapi fitnah kubur (Dihimppit).

AMALAN YG DAPAT MELEPASKAN DAN MERINGANKAN SEKSAAN KUBUR

1.Bersembahyang lima waktu dan menunaikan Rukun Islam serta semua suruhan Allah disamping menjauhkan yang dilarang.

2.Selalu membaca suruh Al Ikhlas terutama dalam kesakitan. Rasulullah bersabda: "Siapa membaca ‘Qul huwallaahu..ahad’ dalam kesakitan yang membawa matinya, tidaklah ia menderita fitnah di dalam kubur dan terpeliharalah dia dari himpitan kubur dan di hari kiamat kelak ia akan dibawa oleh malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas ia dari titian Siratul Mustaqiim dan sampai ke syurga." Riwayat At Tabrani.

3.Selalu membaca surah Al Mulk atau sekurangnya malam Jumaat. Rasulullah bersabda: "Siapa yang membaca setiap malam tabaarakallazi..adalah dia akan dicegahkan Allah dari siksaan kubur." Riwayat An Nasaai.

4.Mati syahid iaitu mati kerana berjuang menegak kalimah Allah.

5.Mati dimalam atau disiang hari jumaat.

6.Mati sebab sakit dalam perut.

7.Tidak ditangisi mayat dikala kematiannya.

8.Selalu beri sedekah. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan(siksaan) kubur daripada orang yang selalu memberi sedekah dan hanya sesungguhnya orang mukmin itu akan bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari kiamat." Riwayat Tabrani.

9. Menyempurnakan wuduk dan membantu orang yang dianayai. Ibn Mas’ud meriwayatkan cerita dari Rasulullah bahawa ada seorang hamba Allah yang telah diperintahkan disebat 100 kali dalam kuburnya tetapi kerana ia selalu berdoa supaya dilepaskan dari azab kubur,maka ia disebat sekali sahaja, tetapi dengan sekali sebatan itu api telah memenuhi kuburnya. Kemudian dia bertanya malaikat sebab ia dipukul. Jawab malaikat ini disebabkan ia sembahyang dengan wuduk yang tidak sempurna dan ia pernah menemui orang yang dianayai tetapi tidak menolong.

10. Selalu berdoa agar dilindungi dari siksaan kubur. Rasulullah selalu berdoa yang membawa maksud "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan Engakau dari siksaan neraka Jahannam, daripada siksaan kubur, daripada fitnah hidup dan mati dan daripada kejahatan al Masiih ad Dajjal."

11.Selalu membaca Al Quran dan bila tamat hendaklah berdoa dengan doa yang bermaksud, "Ya Allah, perjinakkanlah keliaranku dari ketakutan dalam kubur." Hadis riwayat Abi Umamah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.