GENG SURAU NUR ISLAM

GENG SURAU NUR ISLAM

Tuesday 24 May 2011

KASIHNYA RASULULLAH PADA KANAK-KANAK

KASIHNYA RASULULLAH PADA KANAK-KANAK
Rasulullah S.a.w amat menyukai dan kasih kepada kanak-kanak. Baginda amat menyenangi apabila bersama-sama dengan anak-anak kecil. Malah, kanak-kana juga amat menyenangi baginda. Kadangkala, mereka suka berpangku di atas peha baginda. Pernah pada suatu hari, baginda membariskan Abdullah, Ubaidullah dan putera – putera Saidina Abas yang lain.



Baginda berkata,

Siapakah di antara kamu yang terlebih dahulu sampai kepadaku, akan aku berikan sesuatu.

Maka mereka berlumba-lumba menuju ke arah baginda, kemudian mereka duduk dekat Rasulullah dan baginda memeluk dan mencium mereka.

Ketika Ja’far Bin Abi Talib terbunuh didalam peperangan Mut’ah, baginda merasakan sangat sedih. Lantas baginda segera ke rumah Ja’far. Pada ketika itu, isteri Ja’far, iaitu Asma’ Binti Umais sedang membuat roti dan memandikan anaknya.

Baginda bersabda,

"Suruhlah anak-anak Ja’far mendekatiku"

Ketika anak-anak Ja’far mendekati baginda, maka baginda menitiskan airmata dan mencium mereka semua.

Maka, Asma’ bertanya kebingungan,

"Wahai Rasulullah, apakah yang telah terjadi sehingga engkau menangis? Apakah sudah sampai berita kepadamu tentang suamiku Ja’afar?" Asma’ meneka.

Baginda menjawab,

"Ya, mereka hari ini ditimpa musibah."

Lalu asma’ pun menangis sehingga ramai sahabat muslimah menemuinya.

Sebelum Rasulullah S.a.w pulang, baginda bersabda,

"Janganlah kamu semua melupakan keluarga Ja’afar, buatlah makanan untuk mereka, sesungguhnya mereka sedang menghadapi musibah kematian Jaa’far."

Begitulah antara kisah kecintaan dan keakraban Rasulullah S.aw terhadap kanak-kanak untuk kita sama-sama renungkan. Tidak kira siapa, masa dan ketika, baginda akan membelai dan bermesra dengan mereka. Sehingga ketika solat pun, baginda membiarkan cucunya iatu Hasan dan Husin duduk dibadannya.

Sungguh indah peribadi Rasulullah s.a.w kepada kanak-kanak. Bagaimana dengan kita?

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.