GENG SURAU NUR ISLAM

GENG SURAU NUR ISLAM

Sunday 29 May 2011

RASULILLAH SAW DENGAN SEBIJI LIMAU

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah
limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat
pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan
oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW
akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau
itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan
senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri
untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak
hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum
Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu
masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama,
saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi
wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan
semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan
memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari
orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.
Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan
para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.