GENG SURAU NUR ISLAM

GENG SURAU NUR ISLAM

Sunday 29 May 2011

7 SUNNAH NABI YANG PERLU DIAMALKAN


Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :

1. Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :

  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.

  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.

  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.

  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.

  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.(Al-Isra : 79)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.