GENG SURAU NUR ISLAM

GENG SURAU NUR ISLAM

Friday 27 May 2011

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ' ARASY ALLAH SWT


 Hadith:
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.." (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

Huraian

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menceritakan beberapa golongan manusia yang diberi layanan istimewa pada hari kiamat nanti. Mereka berhak mendapat naungan Allah dan selamat daripada bahya dan huru hara hari itu, sesuai dengan keistimewaan masing-masing.
Mereka ialah:
  1. Pemerintah yang adil dalam kerajaannya
  2. Pemuda yang tidak pernah terlibat dengan kepincangan budaya masyarakatnya.
  3. Orang yang sentiasa bergantungan hatinya dengan masjid.
  4. Orang yang berkasih mesra untuk keredaan Allah, selalu bertemu & berpisah untuk tujuan    tersebut.
  5. Orang yang dapat menyelamatkan dirinya daripada godaan nafsu jahat wanita cantik menawan lagi hartawan dan bangsawan kerana takutkan Allah s.w.t.
  6. Orang yang tidak suka menghebohkan kebaikannya, dia berderma ikhlas kerana Allah, sehingga digambarkan tangan kirinya tidak sedar derma yang dihulurkan oleh tangan kanannya.
  7. Orang yang sentiasa berjinak-jinak dengan mengingati Tuhannya, lalu berlinangan air matanya mengenangkan kehinaan diri dan kesalahannya berbanding kebesaran Tuhannya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.