GENG SURAU NUR ISLAM

GENG SURAU NUR ISLAM

Tuesday 24 May 2011

NAFSU ADA 7 PERINGKAT



Pertama NAFSU AMMARAH iaitu bagi mereka yg sentiasa menghampiri maksiat,mereka tidak sedar akn dosa dan kesalahn yg dilakukan,dan sentiasa megeluh dan berputus asa bila diuji allah

Kedua NAFSU LAWWAMAH iaitu bagi mereka yg kadang2 terjebak dgn dosa,ttp sering menyesal atas perbuatanya,berusaha untk berubah ttp gagal dgn godaan syaitan ,dan kadang2 riya apabila melakukan kebaikn 

Ketiga NAFSU MULHIMAH peringkat ini boleh di capai apabila manusia itu boleh melawan NAFSU LAWWAMAH dgn bersungguh-sungguh untk menyucikan hati,mereka ini mempunyai sifat takut, bertawakal, sentiasa bersyukur kpd allah dan benar2 taubat 

Keempat NAFSU MUTMAINNAH iaitu peringkat nafsu yg pertama yg diredhai allah, dan layak memasuki syurganya,memiliki sifat yg pemurah yg amat sgt,sentiasa bersedekah,kusyuk ketika beribadat dan memiliki taqwa iaitu takut dan harap

Kelima NAFSU RADHIAH iaitu manusia yg mempunyai hubugan dgn allah yg dekat,mereka tidak takut pada bala dan ujian,hanya mereka mahu adalah allah rahmat allah,keampunan ,dr allah dan redha allah

Keenam NAFSU MARDHIYAH mempunyai hati dan jiwa yang benar2 sebati dgn allah,dan setiap perbuatan mereka pasti allah redha,mereka melakukan segala perintah allah dan rasul dan tidak sesekali malakukan kemurkaan allah

Ketujuh NAFSU KAMILAH peringkat ini mampu diperoleh para nabi dan wali allah, betapa hebat mereka,setipa detik amal dilakukan allah lah tujuannya, tiada dunia dan segala isinya..allahuakbar

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.