GENG SURAU NUR ISLAM

GENG SURAU NUR ISLAM

Wednesday 25 May 2011

AYAT 1000 DINAR

Ayat 1000 dinar murahkan rezeki (Surah Attholaq 65:3)

Sesiapa yang mewiridkan ayat 1,000 Dinar, Allah s.w.t akan murahkan rezekinya dan memberi keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Amalan membaca ayat ini selepas menunaikan solat fardu lima waktu sebagai usaha untuk memohon supaya dengan keberkatan ayat itu sendiri, Allah akan melimpahkan rezeki kepadanya.

Ayat ini dipetik dari Surah Attholaq 65:3 yang bermaksud: "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu".

Ayat ini daripada Rijalu'Ighaib, diberikan kepada seorang lelaki di tengah lautan dengan hadiah l,000 dinar.

Siapa yang mewiridkan membacanya setiap kali sesudah menunaikan solat fardu lima waktu, nescaya Allah murahkan rezekinya dan ia bakal mencapai kemuliaan di dunia dan di akhirat.

Barang siapa membaca ayat ini sesudah menunaikan solat fardu dengan bilangan ganjil iaitu satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau 11 dan seterusnya, nescaya akan ditolak kesulitan yang dihadapinya. Sebaliknya Allah s.w.t akan melapangkan urusannya dan pengamalnya berasa tenang dan pergaulan seharian serta bekerja menjadi mudah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.