Sabar itu seseorang itu betah menahan kesusahan yang menimpanya. Jika tidak betah lagi, maka pasti ada musuh yang ingin melesapkan sifat sabar itu dalam diri seseorang itu, Apakah musuh-musuh sabar itu?
1) Tergesa-gesa
Allah berfirman yang bermaksud :"manusia dijadikan bertabiat tergesa-gesa dalam Segala halya"( Surah al-Anbiya' 21: 37)
sekiranya apa yang dihajati lambat di tunaikan, maka lesaplah kesabarannya. Itulah tabiat semula jadi manusia. Selalu ingin memetik buah sebelum buah itu masak tanpa bersungguh-sungguh menanam pohon buah tersebut.
2) Putus Asa
Allah berfirman yang bermaksud :"Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".
(Surah Yusuf 12:87)
3) Marah
Islam tidak pernah menyuruh umatnya membasmi sifat marah secara tuntas. Marah masih diperlukan pada saat-saat tertentu seperti ketika Islam dihina dan diinjak-injak. Hakikatnya kini, Manusia sebaliknya marah tidak bertempat. Mereka hanya apabila kepentingan diri tergugat, bukan apabila kepentingan agama digugat.
Jika ketiga-tiga "musuh" sabar diatas masih ada dalam diri kita, maka amat susahlah untuk memupuk sabar. Halaulah musuh tersebut jauh-jauh, nanti sabar akan mendekat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.