GENG SURAU NUR ISLAM

GENG SURAU NUR ISLAM

Sunday 29 May 2011

7 SUNNAH NABI YANG PERLU DIAMALKAN


Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :

1. Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :

  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.

  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.

  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.

  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.

  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.(Al-Isra : 79)

2. Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.”(Al-Isra : 9)

3. Jangan Tinggalkan Masjid

Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :

"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api."


4. Jaga Solat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

5. Jaga Sedekah

Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)

6. Jaga Wudhuk Terus Menerus

wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :

"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

7. Istighfar Setiap Masa 

Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)

7 SUNNAH NABI YANG PERLU DIAMALKAN


Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :

1. Solat Tahajjud

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :

  1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.

  2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.

  3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.

  4. Dimudahkan hisab ke atasnya.

  5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji.(Al-Isra : 79)

JAUHILAH 5 DOSA BESAR YANG AKAN MENDAPAT LAKNAT ALLAH


Manusia yang hidup semata-mata untuk dunia sanggup melakukan apa saja perbuatan dan pekerjaan yang haram semata-mata untuk mendapat habuan dunia (wang, pangkat, projek dan pengaruh). Manusia sanggup membuat tuduhan palsu seseorang yang baik melakukan liwat dan berzina, semata-mata untuk memuaskan nafsunya dan memuaskan nafsu pihak yang merancang konsperasi yang menjijikan.

Walaupun sanggup bersumpah palsu, berbohong, membuat tuduhan palsu tanpa membawa bukti, menjatuhkan aib orang lain dan secara terang-terangan mengistiharkan dia melakukan maksiat. Kelima-lima perbuatan maksiat ini sebenarnya membawa seseorang menempah tempat duduknya di dalam neraka jika tidak bertaubat dan memohon maaf secara terbuka. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa seorang manusia yang melakukan kesalahan sesama manusia.

Huraian lima dosa besar tersebuat adalah seperti berikut :

Pertama : Bersumpah palsu

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan suka menghina, suka mencela, yang kian kemari menyebarkan fitnah." (Surah al-Qalam ayat 10-11)

Ayat ini menjelaskan dua jenis dosa yang disebabkan oleh lisan iaitu sumpah palsu dan fitnah. Imam Ibnu Katsir yang mentafsirkan kata fitnah pada ayat di atas dengan perbuatan melaga-lagakan orang atau adu domba. (Termasuk juga orang yang bersumpah palsu menuduh seseorang yang baik meliwat atau berzina)

Sumpah palsu dan adu domba membawa akibat negatif amat besar sehingga perlu secara khusus disebutkan dalam Al-Quran.

Sumpah palsu menyebabkan kebenaran tertutup. Dalam hal yang berkaitan dengan pengadilan, sumpah palsu mengakibatkan terjejas keadilan bagi seseorang, demikian pula kemerdekaannya. Terutama apabila sumpah palsu itu di nyatakan dihadapan  hakim semata-mata untuk mengaibkan dan mendatangkan kemudaratan kepada orang yang dituduh.

Akibat adu domba pula adalah terputusnya silaturahim antara dua orang dan muncul rasa sakit hati antara keduaduanya. Lebih buruk lagi jika sakit hati itu turun-temurun dan berterusan sehingga kepada anak cucu mereka.

Rasulullah SAW menyifatkan sumpah palsu sebagai dosa besar, diseiraskan dengan dosa-dosa besar lain yang secara zahir amat mudarat kesannya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, suatu ketika Rasulullah ditanya tentang dosa besar.
Baginda menjawab maksudnya : "Yang termasuk dosa besar ialah menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua, menamatkan nyawa orang lain bukan dalam hal yang dibenarkan agama dan sumpah palsu."
(Hadis riwayat Bukhari)

Amat tepat pepatah lama yang menyebutkan lidah atau lisan bak pedang. Jika lisan telah mengibaskan ketajaman mata pedangnya di hati, rasa sakit dan lukanya akan berbekas untuk waktu yang lama.

Oleh itu, Rasulullah berpesan kepada umatnya agar berhemat dalam bercakap. Dalam salah satu hadisnya, baginda memberikan huraian tepat bagi umatnya yang mengaku beriman, agar terhindar daripada dosa lisan.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Orang yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaknya berkata yang baik atau, (jika tidak dapat) lebih baik diam."
(Hadis riwayat Bukhari).

Dalam hadis lain baginda berpesan maksudnya : "Orang yang disebut muslim adalah orang yang dapat menjaga tangannya dan lisannya (dari menyakiti muslim lain)."
(Hadis riwayat Bukhari).

Kedua : Berbohong (untuk membuat fitnah)

Rasulullah S.A.W.  bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu didunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari."

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulin, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.”  (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)

Sekiranya seseorang berbohong kepada kawannya dia tidak pergi ke majlis tersebut tetapi dia katakan dia pergi, dosa ini adalah dosa  diantara dia dengan kawannya saja. Jika dia minta maaf pada kawannya dan beristighfar kepada Allah SWT akan terampun dosa tersebut. Berbeza jika seseorang berbohong di hadapan hakim mengatakan dia di liwat sedangkan dia tidak diliwat maka pembohongan ini dipanggil fitnah (membuat  cerita palsu). Orang yang membuat fitnah tidak akan masuk syurga.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga : Membuat tuduhan palsu tanpa bukti

Di dalam Islam sekiranya seseorang ingin membuat tuduhan seseorang wanita baik berzina perlulah membawa 4 orang saksi lelaki  yang adil. Termasuk juga membuat tuduhan meliwat atau berzina kepada lelaki Islam yang baik perlu juga membawa 4 orang saksi yang adil. Jika dia gagal membawa 4 orang saksi Islam yang adil maka dia akan dihukum dengan hukum qazab dan persaksiaannya tidak diterima sampai bila-bila . Kerana dia adalah orang yang fasik.

Dalam Islam barang-barang seperti CCTV, vedio, DNA dan gambar tidak boleh dijadikan bahan bukti menggantikan 4 orang saksi yang adil kerana barang-barang tersebut terdedah kepada manipulasi dan pengubahsuaian secara profesional.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang yg menuduh wanita-wanita yang baik-baik,yang lengah lagi beriman (berbuat zina),mereka kena laknat didunia dan akhirat,dan bagi mereka azab yang besar.Pada hari (ketika) lidah,tangan,dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan".
(Surah an-Nuur ayat 23-24).

Firman Allah SWT maksudnya : "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yg baik-baik (berbuat zina) dan mereka tdk mendatang 4 orang saksi,maka deralah mereka(yang menuduh itu) delapan puluh kali dera,dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lama nya.Dan mereka itulah orang-orang yg fasik,kecuali orang yg bertaubat sesudahnya itu dan memperbaiki (dirinya),maka sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi maha penyayang". (Surah an-Nuur ayat 4-5) 

Ulama sepakat mengatakan bahawa hukuman qazab yang di jatuhkan kepada penuduh yang menuduh wanita baik berzina, juga hukuman ini untuk orang yang menuduh lelaki baik meliwat atau berzina. Hukum qazab adalah 80 kali deraan dengan menggunakan rotan kepada penuduh yang gagal membawa4 orang saksi  yang adil.

Keempat : Menjatuhkan aib orang lain

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa menutupi (aib) seorang muslim, maka Allah menutupi aibnya di hari kiamat."(Hadis Riwayat Muslim).

Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : "Tidaklah seorang hamba menutupi aurat  (aib ) orang lain di dunia kecuali Allah menutupi auratnya ( aibnya ) di akhirat "
(Hadis Riwayat Muslim)

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhu ia berkata : Rasulullah SAW naik ke atas mimbar, lalu memanggil dengan suara yang tinggi : "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum sampai ke hati mereka, janganlah menyakiti orang-orang yang beriman, janganlah mencela mereka, dan janganlah mencari-cari aurat ( aib ) mereka, kerana barangsiapa mencari-cari aib saudaranya yang muslim, maka Allah membuka aibnya dan memalukannya walaupun dia berada di dalam rumahnya."
(Hadis Riwayat Tirmidzi).

Nabi SAW memberi amaran bahawa sesiapa yang mendedahkan aib saudaranya (memang aib itu ada pada dirinya) maka Allah SWT akan mendedahkan aibnya di dunia lagi dan dihari akhirat Allah SWT akan dedahkan aibnya dihalayak ramai. 

Bagaimana pula jika seseorang itu tidak buat sesuatau aib sedangkan dia di tuduh membuat sesuatu perkara yang mengaibkan maka ini dipanggil fitnah dan perbuatan tersebuat akan mendapat laknat Allah SWT di dunia dan akhirat. Berdasarkan hadis Rasulullah orang yang suka memutuskan silaturahim (fitnah yang dibuatnya akan memutuskan silaturahim) umurnya pendik, rezeki dan kehidupannya tidak akan diberkati oleh Allah SWT.

Kelima : Secara terang-terangan dia melakukan maksiat

Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: ‘Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit’ .” (Hadis riwayat Bukhari dan  Muslim)

Hadis ini menjelaskan bahawa mereka yang melakukan maksiat dimalam hari perlulah menutupnya jangan di ceritakan kepada orang lain di siang harinya kerana Allah SWT telah menutup keaibannya. Sekiranya dia menceritakannya ini bermakna dia seronok dengan perkara maksiat tersebut dan mendedahkan dirinya sendiri kepada perkara yang dibenci oleh Allah SWT. Perbuatan seperti ini dikira juga sebagai mujaharah (terang-terangan dalam membuat dosa).

Bayangkan bagaimana besar dosa sesorang yang tidak melakukan maksiat esoknya dia buat lapuran polis mengatakan dia diliwat dan mengadu kepada pihak mahkamah seseorang itu telah meliwatnya , tanpa membawa bukti yang sahih dan dia istiharkan untuk diketahui oleh manusia seluruh dunia, maka manusia seperti ini jika berdasarkan hadis sahih di atas tidak akan diampunkan oleh Allah SWT di hari akhirat nanti dia akan dihumbankan ke dalam neraka Jahanam nauzubillahiminzalik. Dia telah membuat kerosakan dimuka bumi dan melibatkan ramai manusia lain mendapat dosa fitnah yang sama kerana pendedahan yang palsu. Sekiranya dia benar-benar buat perkara maksiat tersebut dia diharamkan untuk menceritakan pada orang lain apatah lagi dia hanya membuat cerita palsu.

Di dalam serah Nabi SAW ada dikalangan sahabat yang dihukum dengan hukum qazab kerana mempercai berita fitnah yang disebarkan oleh orang munafik menuduh Aisyah r.ha isteri Rasulullah SAW berzina. Setelah turun ayat al-Quran surah an-Nuur membersihkan Aisyah r.ha daripada tuduhan fitnah tersebut maka sesiapa yang membuat tuduhan telah dijalankan hukum qazab ke atas mereka. Bayangkan jika Nabi SAW ada bersama kita dan hukum-hukum Islam berjalan di negara ini maka mungkin puluhan ribu umat Islam dinegara kita akan dihukum dengan hukum qazab.

RAHSIA DISEBALIK 1MEI (HARI PEKERJA)


Ketibaan 1hb Mei amat dinanti-nantikan oleh semua pekerja awam dan swasta seluruh dunia. Tarikh lebih popular oleh kebanyakan orang sebagai tarikh Hari Pekerja kerana ia merupakan hari cuti bagi semua pekerja-pekerja yang‘makan gaji’.
Tarikh 1 Mei juga adalah hari ‘kegusaran’ bagi sesetengah pemimpin kerajaan di mana-mana negara dunia kerana ia merupakan tarikh kebiasaan kesatuan-kesatuan sekerja melakukan mogok umum, bantahan, perhimpunan dan sebagainya. Maka tarikh 1 Mei bukanlah tarikh favourite bagi sesetengah pemimpin kerajaan.
Hubungkait 1hb Mei dan Yahudi
Terdapat banyak peristiwa sebenarnya yang berlaku pada 1hb Mei ini, tetapi artikel ini khusus untuk memilih peristiwa-peristiwa yang berkaitan Yahudi sahaja. Apabila kita membuat perkaitan fakta di situ akhirnya dapat disimpulkan rasionalnya 1hb Mei itu dipilih.
Ia bukanlah suatu maklumat baru tetapi penulis cuba memberi suatu perkaitan baru untuk menyedarkan kita akan misteri 1 Mei itu sendiri. Dan juga ingin menjelaskan mengapa dipilih 1 Mei? Kenapa tidak 1 Jun, Julai atau Ogos?

(Kiri) Logo Illuminati (Kanan) Pengasas Illuminati iaitu Adam Weishaupt
Peristiwa 1: Sempena Hari Penubuhan Illuminati
Tarikh 1 Mei sebenarnya adalah diambil sempena tarikh penubuhan gerakan Yahudi bawah tanah terbesar di dunia iaitu Illuminati. Gerakan rahsia ini ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh seorang pensyarah undang-undang berketurunan Yahudi iaitu Prof. Adam Weishaupt.
Apakah Illuminati ?
Perkataan Illuminati amat terkenal dikalangan peminat-peminat konspirasi Yahudi. Keseluruhan umat Islam percaya bahawa Illuminati adalah gerakan rahsia yang ditaja oleh Dajjal melalui agennya iaitu Adam Weishaupt.
Semenjak penubuhannya lebih 300 tahun dahulu, ianya kini memberi kesan yang besar kepada seluruh negara dunia. Hampir kesemua pemimpin-pemimpin negara Eropah disyaki menjadi ahli Illuminati.
Illuminati juga bertanggungjawab dalam merancang dan mencetuskan revolusi Perancis, Amerika, Rusia dan revolusi-revolusi lain. Selain itu, ia juga bertanggungjawab terhadap perancangan mencetuskan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Pelan strategik untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga pula sudah pun siap awal tahun 1900 dahulu.
Peristiwa 2 : Sempena Hari Kesyaitanan Sedunia
Tarikh 1 Mei juga adalah tarikh bagi menyambut Hari Kesyaitanan yang digelar sebagai Beltane Day atau Walpurgis Night. Pada tarikh ini, pengamal-pengamal ajaran penyembahan syaitan akan berkumpul dan melakukan pelbagai upacara berkaitan.
Sebenarnya upacara tu berlangsung selama 13 hari tetapi berakhir pada hari kemuncak penyembahan iaitu 1hb Mei. Pada hari kemuncak ini (1 Mei), pengorbanan nyawa manusia perlu dilakukan bagi memenuhi amalan ritualpenganut ajaran syaitan. Sehingga kini, Beltane Day tetap diteruskan di seluruh dunia tanpa sebarang sekatan dari pihak berkuasa mana-mana negara.
Peristiwa 3 : Sempena Perayaan Hari Komunis Sedunia
Golongan penganut fahaman Komunis menyambut perayaan mereka pada tarikh ini. Negara-negara yang berfahaman komunis pada setiap 1hb Mei akan merayakan pada tarikh ini.
Kita perlu ingat akan siapakah yang memperkenalkan fahaman komunis itu. Ideologi komunis tidak lain adalah lahir dari tulisan tangan Karl Marx yang bertajuk The Communist Mannifesto. Kitab komunis ini diterbitkan pada 1848 di Jerman.
Hasil kelahiran The Communist Mannifesto, Jerman dan Rusia berjaya diterbalikkan menjadi negara komunis terkuat dunia melalui beberapa revolusi. Perlu diketahui juga Karl Marx dilahirkan dalam bulan Mei cuma bukannya 1 hari bulan. Lelaki Yahudi itu dilahirkan pada 5 Mei 1818 di Trier, Prussia.
Peristiwa 4 : Lahirnya Grand Master Freemason Dari Keluarga Rockefeller
Pada 1 May 1912, anak ke-3 John D. Rockfeller iaituWithrop Rockefeller dilahirkan. Memandangkan beliau lahir dalam keluarga raja minyak dunia maka tiada masalah baginya untuk meneruskan kelangsungan hidup dan memartabatkan gagasan Illuminati.
Namun Withrop seperti juga abangnya minat akan pertumpahan darah dan peperangan. Maka tidak hairanlah beliau menyertai Perang Dunia Kedua semasa bersama Divison Tentera Ke-77, ini amat menghairankan kerana beliau sudah pun billionaire ketika itu.
Pada 1962, Withrop mula menyertai politik secara serius dengan parti Republikan dan juga menganggotai gerakan Freemason sebagai salah seorangGrand Master Lodge.Memandangkan beliau seorang Yahudi sejati maka baka warisan homoseks zaman Nabi Lut tetap mengalir segar. Kecenderungan hubungan sejenisnya ini terbongkar selepas bercerai dengan isterinya. Selepas itu beliau telah berkahwin dengan seorang lelaki gay berkulit hitam dan menetap di Arkansas.
Peristiwa 5 : George Bush Mengisytiharkan Operasi Ketenteraan Ke Atas Iraq Tamat Serta-Merta
Tepat jam 6.27 petang, George Bush telah mengisytiharkan tamatnya operasi ketenteraan ke ata Iraq secara rasmi. Pengmuman itu dibuat di tugu Abraham Lincoln, San Diego, California. Beliau menyimpulkan bahawa operasi itu sebagai berjaya. Tidak tahu pula kejayaan dari segi apa.
Jika menurut laporan-laporan akhbar, kejayaan itu dinilai dari segi kemampuan pihak Amerika menguasai telaga-telaga minyak Iraq. Ya, itu mungkin sebabnya, tetapi blog ini (dajjal.wordpress.com) lebih cenderung untuk mengatakan ia lebih kepada operasi mencari kelibat Imam Mahdi. Lihat artikel ini.
Peristiwa 6 : Hari Pelancaran Disney’s Hollywood Studio
Telah didedahkan sebelum ini dalam artikel bahawa akanmisi rahsia Walt Disney menerbitkan kartun-kartun popular. Dengan tertubuhnya Disney Hollywood Studio (DHS), maka bermulalah era kartun digital yang lebih berkuasa dan berkesan dalam merasuk pemikiran kanak-kanak.
Pada hari pelancaran tersebut, CEO Disney Hollywood Studio itu mengatakan dalam ucapannya,
“The World you have entered was created by The Walt Disney Company and is dedicated to Hollywood-not a place on a map, but a state of mind that exists wherever people dream and wonder and imagine, a place where illusion and reality are fused by technological magic. We welcome you to a Hollywood that never was-and always will be” -Michael EisnerMay 11989
Kata-kata Eisner memang menjadi kenyataan apabila banyak filem-filem animasi keluaran DHS adalah berunsurkan penyembahan syaitan, homoseksual, pembunuhan dan peperangan yang cuba diterapkan dalam minda kanak-kanak. Rujuk link ini.
Sesetengah penyelidik konspirasi Yahudi mengatakan penubuhan DHS adalah penubuhan organisasi syaitan ke-2 selepas penubuhan Illuminati pada 1776.
Peristiwa 7 : Laporan-Laporan Penyelidikan Rahsia Universiti Rockefeller Mula Dibenarkan Untuk Rujukan Awam
Raja minyak Yahudi iaitu David Rockefeller sebenarnya mempunyai universiti sendiri iaitu University of Rockefeller yang bertempat di York Avenue, New York. Universiti ini khusus dalam bidang penyelidikan sains.

Ramai orang berpendapat kajian-kajian sainsnya berkisarkan tekonologi masa depan yang bakal digunakan dalam sebarang strategi perang saraf pihakIlluminati. Di situ juga tersimpan 3 jurnal sains misteri yang digilai ramai saintis sains.
Jurnal tersebut ialah The Journal of Cell BiologyThe Journal of Experimental Medicine dan The Journal of General Physiology.
Setelah bertahun-tahun dilindungi hak untuk membacanya kepada orang awam, tidak semena-mena pada 1 Mei 2008 tahun ini, pihak Universiti Rockefellermengisytiharkan 3 jurnal itu dibuka untuk kajian umum.
Peristiwa 8 : Sempena Sambutan Hari Memperingati Holocaust
Pada tahun ini (2008), hari memperingati Holocaust yang disambut secara tahunan oleh masyarakat Yahudi jatuh pada 1 Mei. Hari ini sebenarnya disambut mengikut kalendar Hebrew yang mana perayaan akan dikira pada hari ke-27 bulan Nissan.
Tarikh perayaan Holocaust berubah dari tahun ke tahun jika mengikut kalendar gregorian (masihi), sepertimana juga Hari Raya Puasa akan sentiasa berubah jika mengikut kalendar barat.
Pada tarikh Holocaust tahun ini, ianya berlaku serentak dengan pengumuman Universiti Rockefeller tentang jurnal-jurnal rahsia mereka. Tidak tahulah apa muslihat Dajjal disebalik itu, hanya Allah yang mengetahui.

(Gambar) Belia Israel mementaskan drama sempena Hari Holocaust di Tel Aviv pada 30 April 2008 baru-baru ini.
Kesimpulan
Di atas adalah lapan (8) peristiwa penting yang dapat digarapkan dalam hal ehwal konspirasi Yahudi khususnya perancangan Dajjal ke atas umat manusia. Walaupun terdapat banyak lagi peristiwa yang berkaitan pada tarikh itu, penulis terpaksa menapisnya sebagai melihat kepada hubungkait yang lebih signifikan.
Kita bolehlah menyimpulkan di sini bahawa pada ketika kita sibuk menyambut cuti Hari Pekerja, sebenarnya pada hari itu secara tersiratnya adalah untuk menyuruh masyarakat seluruh dunia menyambut kelahiran Illuminati yang digelar kerajaan tersembunyi itu.
Dengan berlakunya situasi-situasi yang mendokong peristiwa-peristiwa 1 Mei ini maka benarlah pesanan Rasulullah bahawa Dajjal itu pembawa fitnah terbesar di akhir zaman malah diperingati pula oleh setiap nabi sebelum baginda.

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

WANITA PERTAMA MASUK SYURGA SEBELUM ANAK RASULULLAH S.A.W


Siti Fatimah adalah anak Rasulullah SAW yg mempunyai budi pekerti yg baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yg akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”
.

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yg miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yg dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yg Rasulullah SAW maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yg bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah SAW menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata,“Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”
.

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yg belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yg seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yg terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”
.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”“Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”“Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi,“Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”
.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”
.

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

RASULILLAH SAW DENGAN SEBIJI LIMAU

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah
limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat
pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan
oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW
akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau
itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan
senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri
untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak
hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum
Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu
masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama,
saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi
wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan
semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan
memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari
orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa.
Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan
para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya.
Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.